Jumaat, 16 Disember 2011

MARI BELAJAR PANTUN

PANTUN

kita semua sudah sedia maklum bahawa pantun merupakan warisan turun-temurun masyarakat Melayu. Pantun mempunyai banyak jenis seperti pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat dan dua belas kerat. terdapat banyak pantun Melayu yang masih wujud dan digunakan sehingga ke hari ini. Antara pantun tersebut ialah:

Pantun dua kerat
Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.

Pantun empat kerat
Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan;
kamu budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Pantun enam kerat
Belayar perahu membawa kuini,
Ke tanjung Jati mengadap Paduka,
Bunga kemboja sembah berkarang;
Kalaulah tahu jadi begini,
Tidaklah hati dibawa berduka,
Ku pilih saja orang lain.

Pantun lapan kerat

Dini hari melawat pusara,
Bawa merbah bersama emas,
Nenas terletak tepi belana,
Belanga China bersalut arang;
Benihku cari disemai mesra,
Semaian bercambah menjelma tunas,
Kemudian subur indah berbunga,
Malangnya bunga di getu orang.

 Pantun sepuluh kerat
Baju dastar kesumba,
Seluar gunting petani,
Jahitan nyonya kampung Erah,
Di hilir pasar Kampung Melaka,
Singgah di rumah nahkodanya;
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan padi,
Bunga diisap burung merak,
Pipit hendak hinggap di rantingnya,
Adakah boleh oleh yang punya.

Pantun dua belas kerat
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa sultan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasululah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.

Baik, sekarang berdasarkan video yang dipaparkan pada bahagian bawah, cuba kenal pasti pantun-pantun yang telah dikemukakan oleh watak-watak yang terdapat dalam video tersebut dan sebutkan bait-bait pantun tersebut.

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan