Khamis, 15 Disember 2011

KATA KERJA

Kata Kerja

Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu:

i)             Kata kerja transitif
ii)            Kata kerja tak transitif




Kata Kerja Transitif
Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

Subjek
Kata Kerja Transitif
Objek
1. Ibu
memasak
kari ayam
2. Ahmad
menendang
bola


Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk maksud ayat.
 
Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Pelengkap
1. Mereka
bermain bola
di padang
2. Azli
tinggal
di Pahang

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. 

Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Keterangan
1. Mereka
makan
di Restoran Sahur
2. Dia
membeli-belah
di Singapura

Kata Kerja Transitif
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek.

Contoh:
1.  Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2.  Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.

Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

i)      Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii)     Kata kerja tak transitif berpelengkap

Contoh:
1.  Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2.  Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.

Contoh:
1.  Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. – pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

Contoh:
1.  Pegawai penerangan sudah tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan