Khamis, 15 Disember 2011

KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif

Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang- kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu:


Kata Adjektif
Maksud
Contoh
1. Kata Adjektif Sifat / Keadaan
Menerangkan sifat atau keadaan
Cerdik, bijak, cantik, rajin.
2. Kata Adjektif
    Warna
Menerangkan warna
Biru, merah, kuning, hijau, putih
3. Kata Adjektif
    Ukuran
Menerangkan ukuran
Tebal, nipis, tinggi, rendah, panjang, pendek.
4. Kata Adjektif
    Bentuk.
Menerangkan bentuk atau rupa.
Bulat, bujur
5. Kata Adjektif
    Waktu.
Menerangkan konsep masa
Baru, lambat, lama, lewat, silam.
6. Kata Adjektif
    Jarak
Menerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan.
Jauh, dekat.
7. Kata Adjektif
    Cara
Menerangkan keadaan kelakuan atau ragam.
Pantas, perlahan, jarang.
8. Kata Adjektif
    Perasaan
Menerangkan konsep perasaan.
Pemalu, ragu-ragu, rindu, sayang.
9. Kata Adjektif
    Pancaindera.
Menerangkan konsep rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh.
Bising, wangi, kasar, masam, pahit, manis, licin.


Perbandingan Dalam Frasa Adjektif

Perkataan yang digunakan dalam perbandingan frasa adjektif adalah seperti, se, lebih, paling, ibarat dan laksana. Contoh ayat:

1. Amira pandai.

2. Amira pandai seperti Kancil.
   
(pandai seperti membawa maksud hampir sama, kesamaan)

3. Amira sepandai Nora.
    (sepandai membawa maksud sama)

4. Amira lebih pandai daripada Nora.
    (lebih pandai menunjukkan darjat / tingkat yang lebih)

5. Amira paling pandai dalam kalangan murid di dalam kelas 1 Biru.
   
(kata penguat paling menunjukkan sangat pandai). 


Mengikut Tatabahasa Dewan, terdapat tiga darjah perbandingan kata adjektif iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan. 

Perbandingan dengan darjah biasa

Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan kata penguat / kata perbandingan. Kata adjektif cantik, besar dan rajin tidak dibandingkan dengan sesuatu.

1. Rumah ini cantik.
2. Dewan itu besar.
3. Dia rajin 
Perbandingan dengan darjah bandingan

Dalam Tatabahasa Dewan, penggunaan awalan se- untuk menyatukan darjah bandingan. Kata adjektif awalan se- menunjukkan bandingan sama.

1. Wajah  Sujinah secantik ibunya.
2. Buku ini tidak semahal buku itu.

3. Kereta Amin sebesar kereta Azman.


Awalan se- membawa maksud ‘sama atau hampir sama’. Kata Adjektif dibandingkan dengan benda lain yang membawa maksud mirip / sama. 

1. Dia garang seperti harimau.
2. Amira cantik seperti bidadari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan