Khamis, 15 Disember 2011

KATA NAMA TERBITAN

Kata Nama Terbitan

Kata Nama Terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Contoh:

pekerja, kesihatan, dan pendamaian

Kata Nama Terbitan daripada perkataan pinjaman seperti penterjemahan, pentadbir dan penswasta.

Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s akan mengalami proses peluluhan apabila diberi imbuhan awalan peN dan apitan peN... an.

Contohnya
pemukul [pukul], pengorek [korek], penyapu [sapu], penipu [tipu], pemukulan [pukul].

Kata Terbitan ialah kata yang diberi imbuhan.
1.  Kata terbitan berawalan.
     -awalan dapat wujud dalam kata nama, kata kerja, kata adjektif.
     Contohnya:
     pesara, ketua, juruterbang, merasa, membilang, mengecat, terbesar dan terbersih.

2.  Kata terbitan berakhiran.
     -akhiran wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.
     Contohnya:
     pakaian, sasterawan, seniman, dan pamerkan.

3.  Kata terbitan berapitan
     Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata kerja adjektif
     terbitan.
     Contohnya:
     pembuatan, penggunaan, pelajaran, dan menggunakan.

4.  Kata terbitan bersisipan
     Sisipan wujud dalam kata nama dan kata adjektif.
     a)  Sisipan kata nama       : kelengkeng
     b)  Sisipan kata adjektif   : gemilang, serabut.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan