Khamis, 15 Disember 2011

KATA GANDA


Kata Ganda

Penggandaan ialah cara membina perkataan dengan mengulang seluruh atau separuh daripada satu kata dasar. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara seluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

 

Kata Ganda Penuh
Kata Ganda Separa
Kata Ganda Berimbuhan
Kata Ganda Berentak
Buku-buku
Jejentik
Tolong-menolong
Bukit-bukau
Meja-meja
Lelangit
Hormat-menghormati
Gunung-ganang
Guru-guru
Lelaki
Sayang-menyayangi
Gotong-royong
Peserta-peserta
Popohon
Bantu-membantu
Semak-samun
Murid-murid
Kekura
Kasih-mengasihi
Riuh-rendah


Penggandaan Sepenuh
Seluruh kata dasar diulang

Penggandaan Separah
Mengulang sebahagian daripada kata dasar

Penggandaan Berimbuhan
Setengah-setengah perkataan berimbuhan mengalami penggandaan separa dengan mengulang bahagian perkataan yang merupakan kata dasarnya

Penggandaan Berentak
Membina perkataan dengan mengulang kata dasar berdasarkan rentak atau irama kata dasar.

Latihan










Tiada ulasan:

Catat Ulasan