Khamis, 15 Disember 2011

KATA NAMA

KATA NAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kita akan lihat kepada kata nama. Ha… siapa tahu apa itu kata nama? Kalau hendak tahu, mari kita belajar dan baca sama-sama.

Penggolongan Kata Nama

Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.

i)             Kata Nama Am
ii)            Kata Nama Khas
iii)           Kata Ganti Nama

Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.

Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.

Kata Nama Khas:
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.



MANUSIA
BINATANG
TEMPAT
Kata Nama Am
murid
burung
pasar
pekebun
kucing
padang

KATA NAMA KHAS HIDUP MANUSIA
KATA NAMA KHAS HIDUP BUKAN MANUSIA
KATA NAMA KHAS TAK HIDUP
Kata Nama Khas
Ahmad
Lassie
Pahang
Edelina
Si Belang
Pulau Pinang
Chandran
Sang Kancil
Gunung Tahan


Kata Ganti Nama:
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.
i)       Kata ganti nama tunjuk
ii)       Kata ganti nama diri

Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua
dan ganti nama diri orang ketiga.

Kata Ganti Nama Tunjuk:
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.

Kata Ganti Nama:
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
 

Kata Ganti Nama Diri Pertama
Penggunaan
Contoh Ayat
Aku
Merujuk kepada diri sendiri
Aku hendak pergi ke perpustakaan
Beta
Digunakan oleh kerabat diraja
Beta berharap negara bertambah maju dan makmur.
Hamba
Merujuk kepada diri sendiri
"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
Kita
Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua
"Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
Kami
Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua
"Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
Saya
Merujuk diri sendiri
Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.
                                          

Kata Ganti Nama Diri Kedua
Penggunaan
Contoh Ayat
Anda
Merujuk diri orang kedua
Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
Awak
Merujuk diri orang kedua
Awak disuruh membersihkan bilik darjah.
Engkau
Merujuk diri orang kedua
Engkau hendak pergi ke kedai buku?
Kamu
Merujuk diri orang kedua
Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.


Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Penggunaan
Contoh Ayat
Beliau
Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati
Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
Baginda
Digunaan untuk kerabat diraja
Baginda telah berangkat ke luar negeri.
Dia
Digunakan untuk diri orang ketiga
Dia datang awal ke pejabat sekolah
Mereka
Bilangan orang lebih daripada seorang
Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan