Ahad, 18 Disember 2011

Latihan Tatabahasa

LATIHAN 1
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

pahit
cantik
sedap
tebal
pantas
kasar
riuh
bulat
wangi
besar


1.   Masakan ibu saya sangat .
2.   Ubat batuk itu sangat .
3.   rendah suasana di pasar pada waktu pagi.
4.   Kotak itu berisi buku-buku lama.
5.   Bola keranjang itu berbentuk .
6.   Maria suka menggunakan minyak .
7.   Wajah adik Siti sangat .
8.   Meja di ruang tamu sangat .
9.   Amin berlari dengan .
10. Buku yang dipinjam oleh Khatijah dari perpustakaan sangat .




LATIHAN 2
Kenal pasti kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. 

1) Adik sedang bermain bola. 
2) Guru kelas 4 Beta telah memarahi pelajarnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. 
3) Pemuda itu telah terjatuh ketika hendak menyeberangi sungai. 
4) Peragut itu telah berjaya melarikan seutas rantai milik wanita tua itu. 
5) Syafika telah menghadiahkan sebatang pen kepada kepada saya. 

Kelaskan kata kerja tersebut mengikut golongan yang betul iaitu sama ada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. 

1) Pasukan tentera tersebut telah berbaris dari pagi sampai ke petang. 
2) Kakak saya masih belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 
3) Ahmad telah memarahi Rahim. 
4) Pengemis itu tidur berbantalkan lengan. 
5) Rahimah sedang menggigit tulang ayam. 



Latihan 3
Kenal pasti golongan kata nama yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

1) Abang ke pejabat dengan menaiki kereta Proton Perdana miliknya.
2) Restoran saya telah tujuh tahun beroperasi di Kuala Lumpur.
3) “Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun”, sembah hulubalang istana kepada Raja Ajmad.
4) Aminah telah berkahwin dengan Rahman dan telah dikurniakan tiga orang cahayamata yang sangat comel.
5) “Aku sudah tidak percaya pada engkau lagi!”, tengking Hafiz kepada rakan sekerjanya.



Latihan 4
Betulkan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri dalam ayat-ayat yang berikut.


1. Beliau ditangkap kerana merompak bank.
_____________________________________________

2. Perompak itu berjaya diberkas oleh polis. Ianya akan didakwa di mahkamah pada hari Rabu.
______________________________________________________________________

3. Mereka-mereka adalah pekebun yang tekun.
_________________________________________

4. Perabot rotan ini mahal kerana ia diimpot dari Sarawak.
_____________________________________________________

5. Adik Siti berusia lapan tahun. Beliau pandai membaca.
_______________________________________________





Latihan 5
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang terdapat di dalam petikan:


Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan bagi melonggarkan pengharaman pembakaran mercun dalam semua perayaan di negara ini. Tindakan tegas kerajaan itu dibuat selepas mengambil kira kesan buruk dan kemusnahan harta benda akibat pembakaran mercun. Kerajaan telah membuat kajian terperinci dan mengambil kira persetujuan majoriti masyarakat Cina terhadap perkara itu sebelum membuat keputusan berkenaan.

Senaraikan kata nama terbitan dalam petikan di atas. Dua kata nama terbitan yang pertama telah disenaraikan untuk anda sebagai contoh:
 (Kata nama yang telah digunakan tidak boleh dipilih lagi).

  1. Kerajaan
  2. Nelayan 














    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan